Owner: Idi
Lokasi: Kg. Peraku Seberang, Kuala Pilah, N. Sembilan
Tahun dibuat: May 2023
Keluasan binaan rumah: 1,008sf
Rumah ini terletak agak jauh kedalam kampung dan terpisah dari rumah-rumah jiran yang lain. Dilengkapi dengan 1 bilik tidur, 1 bilik air, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur dan 1 balcony besar beserta sebuah kolam renang diatasnya. Rekabentuk dan susun aturnya yang ringkas tetapi menggunakan bahan ‘facade’ yg menarik dan cantik. Tuan rumah menyewakan rumah ini sebagai sebuah tarikan percutian dengan nama Bandu Buana.
Harga rumah: RM147,000.00 (RM146/sf) – pada waktu pembinaan
Rumah siap electrical (wiring, suis, soket dan lampu LED) dan plumbing (Tidak termasuk kos permohonan, deposit dan pemasangan oleh TNB dan syarikat bekalan air)