Owner: Luq & Leia
Lokasi: Kg. Tanjung Jati, Kuala Pilah, N. Sembilan
Tahun dibuat: Feb 2023
Keluasan binaan rumah: 3,500sf
Ini lah rumah yang paling epic dan mencabar untuk kami siapkan sepanjang penglibatan kami hampir 10 tahun dalam industri ini. Ini adalah kerana ianya melibat proses ‘pemindahan’ (mengangkut) rumah sedia ada ke tapak baru di atas/lereng bukit. Proses-proses lain yang terlibat adalah menolak tanah, membuat jalan masuk, longkang, membina rubble wall, membuka rumah sedia ada dan membuatnya semula dalam rekbentuk yang lain di tapak baru. Kerja-kerja ini mengambil tempoh 8 bulan untuk disiapkan dan hasilnya amat memuaskan hati pelanggan kami.
Harga rumah: RM400,000.00 (RM115/sf) – pada waktu pembinaan
Harga bersih tanah & kerja infrasturktur: RM300,000.00
Rumah siap electrical (wiring, suis, soket dan lampu LED) dan plumbing (Tidak termasuk kos permohonan, deposit dan pemasangan oleh TNB dan syarikat bekalan air)