Owner: Zaimah
Lokasi: Kg Ulu Bendul, Kuala Pilah, N. Sembilan
Tahun dibuat: April 2024
Keluasan binaan rumah: 1,335sf
Rumah tertinggi yang pernah kami bina setakat ni. Kerjanya sungguh mencabar dan memerlukan pengalaman dan keazaman yang tinggi dan kental untuk menyiapkannya. Rumah ini terletak di pertengahan gunung-ganang di kawasan banjaran jalan lurus Ulu Bendul. Keluasan rumah ini tidaklah boleh dikatakan sangat besar tetapi rekabentuknya yang cantik dan penggunaan material yang eksklusif membuatkan harga rumah ini tinggi berbanding biasa. Dilengkapi 2 bilik tidur, 2 bilik air, 1 ruang tamu dan ruang dapur dan 3 balcony/deck yang satunya bertingkat. Rumah ini akan menggunakan sepenuhnya air bukit yang laluannya berada dikiri dan kanan rumah ini untuk mandi, masak dan sebagainya.
Pembinaan kali ini merangkumi penyediaan tanah, pembinaan rumah dan infrastruktur asas. Kami diberi mandat dan kepercayaan untuk membersihkan tanah seluas 14 ekar, membina jalan simen/konkrit dan longkang sepanjang 0.5KM.
Harga rumah: RM197,000.00 (RM148/sf) – pada waktu pembinaan
Harga bersih tanah: RM65,000.00
Harga jalan konkrit dan longkang: RM300,000.00
Rumah siap electrical (wiring, suis, soket dan lampu LED) dan plumbing (Tidak termasuk kos permohonan, deposit dan pemasangan oleh TNB dan syarikat bekalan air)
Rumah ini masih didalam pembinaan. Semasa artikel ini ditulis, pembinaan sudah menghampiri 95% siap. Gambar-gambar terbaru akan dikemaskini dan dipaparkan selepas rumah siap sepenuhnya.
Jangan lupa untuk datang kembali!