Owner: Nizam
Lokasi: Tangkak, Johor
Tahun dibuat: July 2024
Keluasan binaan rumah: 20′ x 30′ = 600sf
Rumah yang berkonsepkan ‘tiny house’, rumah yang kecil tapi agak selesa ini mempunyai 2 bilik tidur, 2 bilik air, 1 ruang tamu dan dapur dan sebuah balcony/deck. Rumah ini memenuhi citarasa dan hasrat pemilik yang inginkan sebuah rumah comel yang lengkap untuk didiami pada hujung minggu dan akan menjadi rumah tetap apabila sudah pencen nanti.
Harga rumah: RM102,000.00 (RM170/sf) – pada waktu pembinaan
Rumah siap electrical (wiring, suis, soket dan lampu LED) dan plumbing (Tidak termasuk kos permohonan, deposit dan pemasangan oleh TNB dan syarikat bekalan air)
















