Owner: Shamsudin

Lokasi: Kg. Limau Purut, Ulu Bendul, Kuala Pilah, N. Sembilan

Tahun dibuat: August 2022

Keluasan binaan: 630sf

Rumah kebun yang dibina diatas tebing yang tinggi menghadap kolam ikan dibawah. Keluasan bahagian yang berdinding hanya 230sf cukup untuk keperluan bilik air, katil dan ruang tv yang sejajar kesemuanya. Tuan rumah lebih menitik beratkan ruang deck/balcony yang luas untuk bersantai bersama keluarga atau tetamu. Ruang dapur juga ditempatkan disini bagi memudahkan aktiviti memasak dan menjamu selera diluar.

Harga rumah: RM65,000.00 (RM103/sf) – pada waktu pembinaan

Harga set kabinet dapur: RM5,000.00

Rumah siap electrical (wiring, suis, soket dan lampu LED) dan plumbing (Tidak termasuk kos permohonan, deposit dan pemasangan oleh TNB dan syarikat bekalan air)