Rumah berkonsepkan ‘Cottage’ sesuai untuk semua jenis landscape dan surrounding terutama sekali bagi mereka yang ingin membina rumah di kampung, dusun, kebun ala-ala rumah peranginan atau chalet yang unik dan sesuai dengan keadaan alam sekitar.
Kesemua rumah yang kami bina tidak menggunakan kayu (kecuali balcony/deck). Kami menggunakan bahan-bahan asas dan struktur yang tidak boleh dimakan anai-anai dan reput. Bahannya seperti berikut:
1- Tapak tiang – Konkrit dan bata merah
2- Struktur – Besi hollow
3- Lantai – Cement Board. Kemasan SPC. Bukan kayu yang mudah dimakan anai-anai dan reput
4- Dinding luar – Cement fiber. Bukan kayu yang mudah dimakan anai-anai dan reput.
5- Dinding dalam dan siling – Gypsum board
6- Atap – Metal deck
7- Penebat bunyi dan haba didalam dinding dan atap – Ecowool dan bubble/woven aluminium sheet
8- Balcony/Deck – Kayu 2″x4″ atau papan 1″x4″ jenis keranji, giam atau cengal
9- Tingkap dan pintu – Aluminium dan kaca, solid wood (pintu bilik), aluminium bi-fold (pintu bilik air)