Kami menawarkan pakej yang “full filling” sesuai dengan keperluan anda agar anda benar-benar merasai ketenangan minda bercuti sambil beristirehat dan “healing” tanpa perlu tergesa-gesa dengan waktu “check-in” dan “check-out” yang singkat
- Kami hanya buka pada umum pada hujung minggu sahaja
- Hanya 1 unit Pondok Tamu sahaja buat masa ini
- Pondok Tamu “milik” anda untuk keseluruhan hujung minggu
- Check-in: Jumaat – 3pm
- Check-out: Ahad – 6pm
- Max pax: 10 orang (dewasa+kanak-kanak)
- Segala kemudahan yang tertera di website ini termasuk set bbq grill adalah PERCUMA termasuk memetik buah dan sayur untuk makan sendiri sahaja
- Tiada makan dan minum disediakan
- Kami menggalakkan anda untuk merasai makanan lazat (asli Negeri Sembilan) yang disediakan di kedai-kedai kampung sekitar Kuala Pilah sambil membantu perniagaan tempatan selain menggunakan bbq grill yang disediakan untuk memanggang/memasak makanan anda sendiri
Harga keseluruhan untuk 3 hari/2 malam = RM1,500