Pelantar (Deck) yang berkeluasan 510sf (34’ x 15’) berlantaikan kayu cengal memberi ruang selesa untuk anda bersantai, beraktiviti BBQ, makan-makan sambil menikmati permandangan gunung-ganang, sungai dan kawasan perkampungan disulami dengan cahaya terbit & terbenam matahari.
- Menghadap gunung-ganang Banjaran Titiwangsa dan sungai
- 510 kaki persegi open platform/deck/pelantar (34’x15′)
- Outdoor waterproof sunshade yg fleksibel boleh ditutup jika hujan dan matahari terik
- 1 meja makan kayu rustic muat untuk 10 orang
- 4 kerusi malas (adirondack) dan 1 coffee table
- Kemudahan BBQ Grill Set