Minimum hari penginapan bagi sebuah Pondok Tamu adalah 3 hari 2 malam.
Untuk tempahan Pondok Tamu, sila hubungi kami melalui whatsapp ke: +60 11 5697 0615
Soalan:
1) Adakah boleh menaiki kenderaan biasa bukan pacuan 4×4 untuk mendaki ke Pondok Tamu?
Jawapan: Ya, boleh.
2) Adakah tempat meletak kereta?
Jawapan: Ya, kawasan letak kereta berdekatan unit Pondok Tamu.
3) Adakah unit Pondok Tamu mesra kerusi roda?
Jawapan: Tidak, kerana berbukit dan bertangga untuk turun ke unit Pondok Tamu.
4) Adakah disediakan kemudahan wifi?
Jawapan: Tidak disediakan.
5) Bolehkah membawa lebih tetamu dari jumlah yang dibenarkan.
Jawapan: Boleh. Maksimum tetamu yang dibenarkan untuk menginap terhad kepada maksimum 18 orang dengan CAJ TAMBAHAN jika melebihi 10 orang seperti yang ditetapkan. Namun, perlu ambil maklum, kami tidak menyediakan bilik tambahan. Pihak kami memberi ruang untuk mendirikan khemah sendiri di sekitar kawasan Pondok Tamu.
6) Berapakah jumlah maksimum dalam bilik?
Jawapan: Bilik terhad untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak atau 4 dewasa dalam 1 bilik. Kami mempunyai 2 unit bilik di Unit Pondok Tamu.
7) Apakah terma dan syarat deposit tempahan penginapan Pondok Tamu?
Jawapan: 50% fi tempahan sebelum 21 hari kemasukan dan baki bayaran penuh sebelum 7 hari tarikh ketibaan/check in.
8) Berapakah caj pembatalan deposit?
Jawapan:
1-7 hari 100% caj dari jumlah harga
8-21 hari 75% caj dari jumlah harga
22-45 hari 35% caj dari jumlah harga
46 hari atau lebih Caj Admin Fee 20% dari jumlah harga
9) Adakah pihak Pondok Tamu berhak membatalkan tempahan jika jumlah tetamu melebihi yang telah dimaklumkan awal dan duit deposit hangus?
Jawapan: Ya. Tempahan akan dibatalkan serta-merta jika jumlah tetamu yang datang meragukan pihak pengurusan Pondok Tamu.