Owner: Onie & Izam

Lokasi: Kg. Tanah Melintang, Kuala Pilah, N. Sembilan

Tahun dibuat: Sept 2023

Keluasan binaan rumah: 1,650sf

RumaH ala ‘English Cottage’ dibina diatas tanah yang baru dibeli dan tuan rumah berhasrat untuk menjadikannya rumah percutian atau ‘vacation home’ mereka. Dengan konsep dan finishing yang berwarna putih, rumah ini dilengkapi dengan 2 bilik tidur, 1 loteng/loft, 2 bilik air, 1 ruang tamu dan dapur. Seperti biasa, rumah ini juga mempunyai sebuah balcony/deck hadapan yang bersambung dengan sebuah kolam renang bersaiz kecil/sederhana. Terdapat juga sebuah lagi balcony/deck dibahagian belakang rumah yang disambung dengan anak tangga menurun kebawah kerana landskap tanah atau tapak rumah yang cerun ke belakang.

Harga rumah: RM222,000.00 (RM135/sf) – pada waktu pembinaan

Rumah siap electrical (wiring, suis, soket dan lampu LED) dan plumbing (Tidak termasuk kos permohonan, deposit dan pemasangan oleh TNB dan syarikat bekalan air)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *